Penutupan sementara bekalan air Selasa, Rabu ini: SAINS

81475324773_waterpail

SEREMBAN, 12 Safar 1438H, Sabtu – Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) akan menghentikan sementara bekalan air di sebahagian kawasan Port Dickson, Seremban, Rembau, Kuala Pilah dan Jempol pada Selasa dan Rabu ini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Norzita Ismail berkata, penutupan itu berikutan kerja-kerja pemasangan tee, pencucian kolam dan penyelenggaraan loji rawatan.

Menurut beliau, bekalan air ke Port Dickson, Seremban dan Rembau akan ditutup dari 8 pagi 15 November hingga 8 pagi 16 November manakala bagi Kuala Pilah dan Jempol bekalan air ditutup dari pukul 9 pagi 15 November hingga 9 pagi 16 November ini.

“Bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama.

“Untuk makluman, kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan,” katanya.

Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS ditalian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan sebarang bantuan lanjut. – Bernama

The post Penutupan sementara bekalan air Selasa, Rabu ini: SAINS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?