Perintah berkurung di ESSZONE dilanjutkan

esszone-600x367

KOTA KINABALU, 10 Safar 1438H, Khamis – Perintah berkurung Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) bakal memasuki fasa ke-54 selepas dilanjutkan bermula Sabtu sehingga 27 November depan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berikutan tempoh perintah berkurung sedia ada tamat jam 6 petang esok.

“Perintah berkurung membabitkan tujuh daerah iaitu Tawau, Kunak, Lahad Datu, Semporna, Beluran, Sandakan dan Kinabatangan.

“Berdasarkan risikan dan maklumat, masih terdapat ancaman jenayah rentas sempadan di kawasan berkenaan sehingga ke hari ini.

“Justeru, perintah berkurung perlu dilakukan secara berterusan bagi mengekang sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan terutamanya membabitkan pencerobohan dan penculikan di kawasan perairan negara,” katanya kepada media, di sini, sebentar tadi.

The post Perintah berkurung di ESSZONE dilanjutkan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?