Pindaan RUU 355 ditangguh ke sidang tahun depan
KUALA LUMPUR, 24 Safar 1438H, Khamis – Pindaan rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 ditangguhkan ke sidang akan datang pada Mac 2017.
Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penangguhan itu bertujuan membolehkan pindaan RUU 355 dilakukan pada tahun hadapan kerana terdapat unsur polemik di kalangan masyarakat walaupun akta itu membabitkan umat Islam dan Majlis Raja-raja.
“Saya akan jelaskan dalam sidang akan datang. Ada polemik di kalangan orang ramai,” katanya ketika membentangkan usul itu di Dewan Rakyat.
Selain itu, beliau turut memohon untuk menambah hukuman dalam Seksyen 2 akta sedia ada yang juga dikenali sebagai RUU 355 iaitu penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan.
“Ketika ini, akta itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak kurang RM5,000 atau tidak lebih 6 sebatan kepada pesalah,” katanya.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia turut berkata, bagi membolehkan RUU persendirian dibahas dan diundi ahli Parlimen, Hadi perlu membentangkan usul itu pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
The post Pindaan RUU 355 ditangguh ke sidang tahun depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan