Polis tahan dua orang kuat Bersih, Maria Chin dan Mandeep Singh
BANGI, 18 Safar 1438H, Jumaat – Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan Setiausahanya, Mandeep Singh telah ditahan pihak polis petang ini.
Sepasukan polis Bukit Aman bersama pasukan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum itu telah datang ke pejabat Bersih di Petaling Jaya pada jam 3 petang, lapor sebuah portal liberal.
Polis telah merampas 10 komputer, dua telefon bimbit, dan beberapa dokumen.
Bersih disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana menganjurkan aktiviti yang mencabar demokrasi berparlimen.
Bersih dijadualkan berlangsung esok di ibu negara namun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Turut berhimpun esok kumpulan Baju Merah yang diketuai oleh Datul Jamal Md Yunus yang bertujuan membantah perhimpunan Bersih.
The post Polis tahan dua orang kuat Bersih, Maria Chin dan Mandeep Singh appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan