Reformasi sudah mati, tetapi BERSIH bukan alternatifnya

15109416_1348023645221642_6908006353263141846_n

REFORMASI “kebangkitan” rakyat sudah berkubur secara rasmi pada saat Anwar Ibrahim bersalam dengan Tun Dr Mahathir.

Anak-anak muda yang menyertai Bersih 5 baru-baru ini mungkin tidak begitu mengingati peristiwa “kebangkitan” rakyat pada bulan September 1998 yang di”gerakkan” oleh Anwar Ibrahim sejurus selepas beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri pada ketika itu.

Senario politik Malaysia mula berubah apabila puluhan ribu, malah mencecah seratus ribu rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam bangkit memprotes di jalan raya di ibu negara hingga melimpah sampai ke Istana Negara atas dasar menentang “ketidakadilan” yang ditimpakan ke atas seorang tokoh yang telah menempa nama dalam dunia Islam dan dijulang begitu tinggi oleh para pengikutnya.

Ramai yang disembur dengan gas pemedih mata, tembakan air berperisa lada, dikejar oleh anggota-anggota keselamatan, ditangkap, dipenjarakan dan dikenakan berbagai-bagai tekanan dan kesulitan sesudah itu.

Ruangan media maya (yang masih belum “meletup” pada ketika itu) penuh dengan cerita dan pengalaman meraka yang beraksi di jalanan.

Reformasi! Reformasi! Maha Firaun! Maha Zalim! adalah mantera wajib bagi mereka.

Reformasi juga berjaya menyatukan parti-parti politik pembangkang berbeza haluan dan agenda.

Bagaimanapun satu pertemuan ringkas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 September 2016 yang menyaksikan dua seteru politik bersalaman erat (Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir) pada hakikatnya merupakan ‘the final nail on the coffin’ kepada laungan Reformasi dan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan ketidakadilan.

Reformasi dan perjuangan serta kebangkitan rakyat secara efektifnya dan rasminya telah berkubur dan di “talqin” kan oleh pertemuan dan aksi bersalaman yang sangat singkat ini.

Forgive and forget. Kisah dan luka lama dilupakan.

Rupa-rupanya “rakyat” dan para penyokong reformasi telah di “kencing”kan dan diperdayakan setelah berlalunya 18 tahun pemecatan Anwar Ibrahim.

Pengorbanan, air mata, wang ringgit, masa, titisan peluh dan keringat … Semua itu sia-sia belaka.

Memori bersejarah yang dirakam dalam ingatan dan disemadikan dalam sejarah telah berakhir dengan suatu episod “pengkhianatan” kepada perjuangan dan memperlekehkan kesetiaan, kesungguhan dan keikhlasan para pengikut.

Semuanya telah dipergunakan untuk memenuhi keserakahan pada kuasa melalui muslihat politik yang licik dan KOTOR.

Fast forward ke BERSIH 5 …

Tujuan dan matlamat BERSIH 1 hingga 5 hanya indah pada poster dan teksnya sahaja. Paling ketara pada BERSIH 4, ia dimonopoli hampir 100 peratus oleh peserta bukan Melayu dan kelompangan besar ini masih gagal diatasi oleh BERSIH 5.

Jumlah kehadiran yang besar bukan kriteria atau kayu ukur kejayaan, biar puluhan atau ratusan ribu sekalipun, sekiranya yang menyamakan semua para peserta hanyalah pada T-Shirt berwarna kuning semata-mata.

Agenda-agenda sekular sosialis, “Islamis” pragmatis, Syi’ah, LGBT, Evangelis, anarkis, ekstrimis berhaluan kiri, semuanya berkumpul dalam kecelaruan identiti perjuangan.

Kekecewaan juga terbayang hatta kepada seorang pengamal LGBT yang tidak menyertai BERSIH 4 sebelum ini (http://ift.tt/2gbxTvQ).

Acara-acara ber “selfie” pula yang menjadi pilihan sesetengah peserta!

Apa yang anda semua kehendaki tidak dijelmakan sedikitpun pada perhimpunan kali ini.

Dan ia akan berulang kembali pada BERSIH 6, 7, 8 dan seterusnya.

Hakikatnya, kematian Reformasi pada 5 September 2016 adalah detik pertama ‘countdown’ kematian BERSIH.

George Soros dan NED sekalipun tidak akan dapat menyelamatkannya.

Mohd Luttfi Abdul Khalid
Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (I-Peguam)

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Isma, sebuah pertubuhan Islam sederhana dan Ismaweb.net

The post Reformasi sudah mati, tetapi BERSIH bukan alternatifnya appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?