Rejim Al-Sisi buru keluarga Mohamed Morsi

mesira

KAHERAH, 19 Safar 1438H, Sabtu – Pihak berkuasa rejim Abdul Fatah Al-Sisi, mengeluarkan waran tangkap terhadap kakak bekas Presiden Mohamed Morsi, Azza Mohammed Morsi, tanpa memberi sebarang alasan dan tuduhan.

Peguam yang juga anak saudara Morsi, Osama Morsi, berkata rakannya di mahkamah Hihya di wilayah Al-Sharqia utara Kaherah, mengesahkan pihak berkuasa mengeluarkan arahan tangkap dan saman terhadap Azza, semalam.

“Kami tidak terkejut dengan justifikasi atau sebab-sebab di sebalik arahan itu kerana apa-apa perintah serta tuduhan telah disediakan lebih awal.

“Kerajaan yang merampas kuasa tidak memerlukan justifikasi terhadap arahan yang mereka keluarkan, bersama-sama perintah yang salah, hanya untuk melindungi kerajaan,” katanya.

Katanya, keluarga mereka terus diganggu seperti yang berlaku terhadap individu lain yang menolak rampasan kuasa oleh Al-Sisi.

Pihak berkuasa dilaporkan menyerbu rumah Azza di perkampungan Al-Adwa pada 16 Ogos lalu dan memusnahkan harta benda, tanpa menyatakan sebab tindakan itu dilakukan.

Mereka turut menangkap anak lelaki Azza, Belal Ahmed Mohammed, Oktober lalu dengan tuduhan membantah tindakan rampasan kuasa.

Januari lalu, rejim Al-Sisi turut menangkap adik lelaki Morsi, Saeed Morsi, sepupunya serta tiga lagi individu di perkampungan sama, tetapi dibebaskan kerana kekurangan bukti tuduhan. – Agensi

The post Rejim Al-Sisi buru keluarga Mohamed Morsi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?