RUU 355: Sekretariat Ummat bakal himpun di Parlimen esok

aminuddin-yahaya-dimensi-15-jan-2015-1024x557

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 23 Safar 1438H, Rabu – Sekretariat Ummat Menyokong Memperkasakan Akta 355 (Ummat) yang dianggotai lebih 500 badan bukan kerajaan (NGO) Islam akan mengadakan perhimpunan di hadapan Parlimen esok sebagai usaha menggesa ahli Dewan Rakyat menyokong usul berkenaan.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata, perhimpunan itu adalah secara aman yang hanya memfokuskan usaha dan kempen terakhir sekretariat itu untuk mendapatkan sokongan Ahli Parlimen.

“Kita akan berhimpun esok di hadapan Parlimen bersama-sama dengan anggota sekretariat yang lain pada jam 8 pagi sehingga 9.30 pagi.

“Sehubungan itu, kami mengajak semua rakyat yang menyokong supaya Rang Undang-Undang (RUU) 355 ini dilaksanakan untuk bersama-sama hadir ke Parlimen bagi menyatakan hasrat terakhir kita,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Semalami, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan dibentangkan pada minggu ini.

Usul berkenaan dibentangkan Hadi pada 26 Mei lalu melalui peruntukan rang undang-undang persendirian yang perlu dicadangkan oleh menteri untuk dibahaskan sebelum Speaker membuat ketetapan mengenainya.

RUU itu antara lain bagi meminda Seksyen 2 untuk menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A, iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman dibenarkan undang-undang syariah berkaitan hal kesalahan disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.

The post RUU 355: Sekretariat Ummat bakal himpun di Parlimen esok appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?