Sanggup telan 198 kapsul heroin untuk seludup
RAS AL KHAIMAH (UAE), 13 Safar 1438H, Ahad – Polis menahan seorang rakyat Pakistan selepas dia didapati cuba menyeludup masuk 198 kapsul heroin dengan cara menelannya di sebuah lapangan terbang di Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.
Ketua Pengarah Jabatan Antinarkotik Polis Ras Al Khaimah, Kolonel Adnan Ali Al Zaabi, berkata polis menerima maklumat awal mengenai suspek yang memasuki UAE menggunakan visa lawatan, sebelum membentuk satu pasukan penyiasat.
“Pasukan khas itu melakukan pemantauan terhadap pergerakan penumpang yang tiba di lapangan terbang di sini, sebelum menangkap suspek yang dalam keadaan mencurigakan.
“Penumpang terbabit dilihat bimbang dan takut dan dibawa untuk disoal siasat dan kemudian mengaku menyeludup dadah dengan cara menelannya,” katanya.
Lelaki terbabit dibawa ke hospital dan 198 kapsul heroin bernilai kira-kira RM1.2 juta dirampas. – Agensi
The post Sanggup telan 198 kapsul heroin untuk seludup appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan