Sekali lagi gempa bumi kuat gegar New Zealand

newzealand

SYDNEY, 14 Safar 1438H, Isnin – Gempa bumi kuat 6.2 magnitud melanda Pulau Selatan, New Zealand pagi ini, beberapa jam selepas satu gempa bumi lebih kuat menggegarkan pantai timur pulau itu tengah malam tadi.

Menurut Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi terbaharu itu pada mulanya diukur pada 6.8 magnitud.

Ia berlaku pada 1.45 tengah hari waktu tempatan (8.45 pagi waktu Malaysia) pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 120 kilometer ke timur laut Christchurch.

Gempa bumi tengah malam tadi berukuran 7.4 magnitud menggegarkan tengah New Zealand yang mengorbankan dua nyawa dan merosakkan bangunan.

Gempa itu berlaku 91 kilometer di timur laut Christchurch, bandar terbesar di South Island. Pada Februari 2011, gempa berukuran 6.3 magnitud menggegarkan Christchurch, membunuh 185 penduduk.

Gegaran itu dirasai hampir di seluruh New Zealand. Gegaran susulan turut berlaku dan sesetengahnya mencatatkan kekuatan 6.1 magnitud, lapor media tempatan. -Agensi

The post Sekali lagi gempa bumi kuat gegar New Zealand appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?