Serangan di Ohio State University: Pelajar Malaysia selamat

636159630174364360-usp-news-ohio-state-shooting-campus-scenes-3

KUALA LUMPUR, 29 Safar 1438H, Selasa – Semua pelajar Malaysia dilaporkan selamat susulan kejadian serangan di Ohio State University, Amerika Syarikat pada Isnin, menurut Education Malaysia Washington DC.

Media Amerika melaporkan seorang pelajar telah merempuh kenderaannya pada laluan pejalan kaki di kampus Columbus, Ohio sebelum menyerang para pelajar lain dengan pisau pemotong daging, dan dia kemudiannya ditembak seorang pegawai polis kampus.

“Dimaklumkan semua 296 pelajar Malaysia dalam keadaan selamat,” kata pejabat pendidikan itu.

Sebelas orang dimasukkan ke hospital berikutan kejadian itu, seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal, menurut media Amerika.

Dilaporkan penyerang tersebut merupakan pelajar universiti berketurunan Somalia.- Bernama

The post Serangan di Ohio State University: Pelajar Malaysia selamat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?