Sijil Halal: Aunty Anne tukar ‘pretzel dog’ kepada ‘pretzel sosej’
BANGI, 28 Safar 1438H, Isnin – Syarikat francais makanan, Aunty Anne mengesahkan bahawa pihaknya telah menukarkan nama ‘pretzel dog’ kepada ‘pretzel sosej’ bagi memenuhi syarat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk memperolehi pensijilan halal.
Eksekutif Jaminan Kualiti dan Halal Auntie Anne, Farhatul Kamilah Mohamed Sazali berkata, nama itu ditukar adalah sebagai mematuhi keperluan pensijilan halal di Malaysia.
“Kami sudah menukar nama ke ‘pretzel sosej’ untuk mematuhi keperluan pensijilan halal di negara ini,” katanya seperti dilapor portal liberal, hari ini.
Isu pensijilan halal syarikat itu menjadi kontroversi apabila eksekutif Auntie Anne mendedahkan bahawa permohonan mereka gagal kerana kebimbangan terhadap menu ‘pretzel dog’.
Isu itu hangat diperkatakan oleh banyak pihak selepas beberapa media berterusan memanipulasi dan memutarbelitkan perkara itu sehingga mencetuskan kekecohan dalam kalangan masyarakat.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Jakim menolak dakwaan itu dengan mengatakan bahawa pihaknya lebih menfokuskan kepada isi kandungan produk berbanding nama yang digunakan.
Sebelum ini, Pengarah Bahagian Hab Halal, Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, kegagalan permohonan syarikat francais berkenaan berikutan oleh beberapa sebab antaranya kertas kerja yang dihantar tidak lengkap.
The post Sijil Halal: Aunty Anne tukar ‘pretzel dog’ kepada ‘pretzel sosej’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan