‘Sultan Melaka’ didakwa menipu, menyamar

sult

MELAKA, 17 Safar 1438H, Khamis – Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas empat pertuduhan menipu dengan menyamar sebagai ‘Sultan Melaka’, tiga tahun lalu.

Noor Jan Shah, 58, dari Taman Seri Gombak, Selangor, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Tertuduh didakwa menipu Zaamat Md Idris, Mokhtar Md Yusof, Ahmad Zainudin Abdul Hamid dan Hazizi Ikhwan Zaamat untuk mempercayai bahawa dirinya ialah ‘Sultan Melaka’, dengan membuat majlis istiadat penyerahan surat pelantikan sebagai ‘Sultan Melaka’ sedangkan itu bukan identiti sebenarnya.

Dia didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu di A’Farmosa Resort Melaka dekat sini pada 10 malam, 28 Disember 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau boleh dikenakan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Lee Chee Thim memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Peguam Surjan Singh Sidhu yang mewakili Noor Jan merayu mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama penuh dan sentiasa hadir memberikan keterangan kepada pihak polis sepanjang siasatan kes itu.

Dalam hujahan balasnya, Timbalan Pendakwa Raya Ifa Sirhu Samsudin berkata, jaminan RM10,000 itu adalah bersesuaian kerana kes itu berstatus profil tinggi yang menarik perhatian bukan sahaja di Melaka malah seluruh negara.

Ahmad Sazali kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 21 Dis ini sebagai tarikh serahan dokumen dan sebutan semula kes. – Bernama

The post ‘Sultan Melaka’ didakwa menipu, menyamar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?