Supermoon esok tapi air pasang 3.2 meter di Johor Bahru Rabu
JOHOR BAHRU,13 Safar 1438H, Ahad – Fenomena ‘Supermoon’ atau bulan penuh Perigee yang dapat dilihat esok dijangka menyebabkan air pasang setinggi 3.2 meter di pesisir pantai Johor Bahru selang dua hari kemudian.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, semua pihak termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah bersiap sedia menghadapi keadaan itu.
“Air pasang sekitar 3.2 meter ini dijangkakan berlaku pada 16 dan 17 November, namun paras air tidak setinggi pada 16 hingga 20 Oktober lalu yang mencecah 3.8 meter,” katanya dalam kenyataan semalam.
Ayub berkata, maklumat mengenai keadaan itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, dan penduduk diminta tidak mendengar sebarang khabar angin yang disebarkan di laman sosial.
Fenomena ‘Supermoon’ berlaku apabila bulan berada di kedudukan paling hampir dengan bumi, membuatkan saiz bulan seolah-olah lebih besar daripada biasa.
Ia pernah berlaku pada 6 Mei 2012 diikuti pada 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan seterusnya pada 28 September 2015.- Bernama
14 November bulan purnama lebih terang, besar dalam tempoh 68 tahun
The post Supermoon esok tapi air pasang 3.2 meter di Johor Bahru Rabu appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan