Suu Kyi tangguh lawatan ke Indonesia kerana bantahan berterusan
JAKARTA, 29 Safar 1438H, Selasa – Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi membatalkan lawatannya ke Indonesia yang dijadualkan semalam selepas satu bantahan diadakan di negara itu ekoran kekejaman ke atas etnik minoriti Rohingya.
Jurucakap hal ehwal luar negeri, Kyaw Zaya berkata, Suu Kyi sepatutnya mengadakan lawatannya ke negara berkenaan pada Jumaat lepas, namun ia ditangguhkan ekoran bantahan yang sama.
Bantahan yang diadakan di hadapan bangunan Kedutaan Myanmar itu menyebabkan Suu Kyi menangguhkan lawatannya itu.
Dalam bantahan itu juga dilaporkan, polis Indonesia menahan beberapa individu dipercayai militan IS berikutan disyaki merancang serangan bom di beberapa bangunan di Jakarta termasuk Kedutaan Myanmar.
Krisis penindasan terhadap etnik Rohingya itu tercetus sejak 2012 dan menyebabkan ribuan mereka terbunuh dan melarikan diri dari negara itu.- Agensi
The post Suu Kyi tangguh lawatan ke Indonesia kerana bantahan berterusan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan