Syria tolak syor PBB iktiraf pentadbiran penentang rejim Assad di Aleppo
DAMSYIK, 21 Safar 1438H, Isnin – Syria menolak cadangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengiktiraf pentadbiran autonomi penentang rejim Bashar Al-Assad di Timur Aleppo sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata.
Perkara itu dinyatakan Menteri Luar, Walid Muallem selepas tidak bersetuju dengan cadangan Duta Keamanan PBB, Staffan de Mistura bagi mengurangkan keganasan di Aleppo.
De Mistura mengemukakan cadangan untuk menghentikan pertempuran dengan penentang rejim berundur dan kerajaan mengiktiraf pentadbiran pembangkang di timur bandar itu.
Bagaimanapun, Walid menegaskan bahawa satu dunia tidak akan menerima cadangan yang dikemukakan.
“Kami memberitahu beliau kami bersetuju pengganas perlu meninggalkan timur Aleppo, tetapi tidak mungkin 275,000 rakyat kami dijadikan tebusan oleh 5,000; 6,000 atau 7,000 orang bersenjata.
“De Mistura juga bercakap mengenai pentadbiran autonomi. Kami memberitahu beliau bahawa kami menolaknya. Bagaimana mungkin PBB mahu memberi ganjaran kepada pemberontak?” soal Walid.
Rejim Syria merujuk semua kumpulan yang menentang Presiden Bashar al-Assad sebagai pengganas. -Agensi
The post Syria tolak syor PBB iktiraf pentadbiran penentang rejim Assad di Aleppo appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan