Tak sertai pakatan harapan bukan bermakna sokong BN: Presiden PAS

Sumber foto: NSTP/Roslin Mat Tahir.

BANGI, 14 Safar 1438H, Isnin – Keengganan PAS menyertai pakatan harapan meskipun berkali-kali dipelawa bukan bermakna parti itu menyokong Barisan Nasional.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian menolak dakwaan yang dibuat oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung perkara itu.

“Ia tidak benar, tidak benar,” katanya seperti dilapor The Star, hari ini.

Dr Mahathir ketika berucap di konvensyen pakatan harapan Sabtu lalu berkata, pihak yang tidak menyertai gabungan blok itu berkemungkinan sudah ‘dapat dedak’ daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hadi ketika ditanya sama ada apa yang didakwa bekas Perdana Menteri itu adil atau tidak berkata, ianya terpulang kepada Dr Mahathir sendiri.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS yang turut memberi respon terhadap dakwaan Dr Mahathir berkata, parti itu terbuka untuk melakukan rundingan tetapi ia hendaklah dilakukan secara dua hala dan mengikut pertimbangan yang wajar.

Namun, beliau menggesa mana-mana pihak supaya tidak menuduh PAS bersekongkol dan menyokong BN.

The post Tak sertai pakatan harapan bukan bermakna sokong BN: Presiden PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?