Tentang perjanjian Najib-China bukan isu perkauman, kata Tun Dr Mahathir

tun-mahathir-1-900x600

BANGI, 16 Safar 1438H, Rabu – Bekas Perdana Menteri berkata, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai cuba menjadikan kritikan terhadap perjanjian Datuk Seri Najib Razak dan China, sebagai isu perkauman, untuk mengalih pandangan terhadap kesan kewangan berikutan perjanjian itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perjanjian dengan China, terutama membabitkan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan menyebabkan hutang Kerajaan Malaysia bertambah dengan ketara.

Katanya, sama ada dengan China atau mana-mana negara sekalipun, rakyat Malaysia mesti menentang pinjaman besar oleh kerajaan, kerana ia boleh menjadi beban berat terhadap mereka, anak dan cucu mereka serta generasi akan datang.

“Pertama, RM55 bilion untuk dibayar kepada 660 kilometer akan dipinjam daripada China. Ini bermakna kontrak akan diberi kepada kontraktor China. Tetapi, Malaysia mempunyai banyak syarikat yang layak untuk membina landasan kereta api elektrik.

“Memberi kontrak kepada syarikat asing bermakna wang akan keluar dari negara. Ini bukan sesuatu yang baik untuk mana-mana negara sekalipun,” katanya dalam blog beliau, hari ini.

Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, meminjam daripada sumber asing juga akan menyebabkan aliran keluar wang Malaysia iaitu menerusi pembayaran balik.

“Dengan kadar faedah, aliran keluar wang disebabkan oleh pembayaran pinjaman RM55 bilion akan menjadi lebih daripada RM90 bilion. Jadi, akan berlaku aliran keluar berbilion-bilion ringgit untuk bertahun lamanya bagi membayar pinjaman kepada kontraktor asing,” katanya.

Katanya, nilai projek itu sepatutnya bukan RM55 bilion, tetapi sebanyak RM35 bilion seperti dianggarkan oleh pakar dari Malaysia dan luar negara, kerana ia bukannya kereta api laju.

Beliau berkata, apabila rakyat Malaysia tidak gembira dengan lawatan Najib ke China, ia bukan disebabkan mereka menantang China, tetapi kerana mereka mengambil berat mengenai keadaan semasa dan masa depan negara.

Tun Dr Mahathir berkata, pada kedudukan RM3 berbanding AS$1, RM300 juta diperlukan untuk membayar pinjaman sebanyak AS$100 juta.

“Sekarang dengan RM4.5 berbanding AS$1, kita memerlukan RM450 juta untuk membayar pinjaman sebanyak AS$100 juta iaitu 50 peratus lebih.

“Kenyataan Bank Negara menyatakan kerajaan meminjam RM600 bilion dan dengan ringgit telah susut nilai sebanyak 50 peratus, maka kerajaan sekarang meminjam sebanyak RM900 bilion,” katanya.

Beliau berkata, kita tidak akan dapat membayar balik hutang dan ia tidak ada kena mengena sama ada China atau negara lain, malah jika gagal membayarnya kita akan mufis.

“Oleh itu, Presiden MCA, berhentilah daripada cuba menjadikan kritikan terhadap pinjaman yang dilakukan Najib dengan China sebagai isu perkaumann hanya untuk mendapatkan sokongan Cina.

“Ia bukan perkauman. Ia adalah isu negara. Dengan menyokong Najib meminjam dan hilang berbilion-bilion ringgit, anda membantu untuk menghancurkan ekonomi Malaysia,” katanya.

The post Tentang perjanjian Najib-China bukan isu perkauman, kata Tun Dr Mahathir appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?