TH nafi ringgit Malaysia tak diterima di Makkah, Madinah

tabung-haji-building

KUALA LUMPUR, 22 Safar 1438H, Selasa – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan berita palsu yang disebar menerusi media sosial yang mendakwa kononnya mata wang Malaysia tidak diterima di Makkah dan Madinah, Arab Saudi.

TH dalam satu kenyataan berkata pemantauan melalui pejabat TH di Jeddah mendapati mata wang Malaysia diterima oleh kebanyakan penggurup wang di dua kota suci berkenaan.

“Selain itu, maklumat mengenai penggunaan kad ATM atau debit, yang membolehkan pengeluaran wang antarabangsa, yang kononnya tidak diterima, dan turut tersebar di media sosial, juga adalah tidak benar.

“Penggunaan kad ATM atau debit perlu mengikut tatacara yang betul dan perlu diaktifkan untuk melakukan pengeluaran wang,” kata TH.

Sehubungan itu, TH berkata jemaah Malaysia yang akan ke Tanah Suci dan berhasrat menggunakan kad ATM atau debit, dinasihati berhubung terus dengan bank yang mengeluarkan kad berkenaan untuk maklumat penggunaan yang betul. – Bernama

The post TH nafi ringgit Malaysia tak diterima di Makkah, Madinah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?