Tun M, Muhyiddin, Mukhriz sertai Bersih 5
KUALA LUMPUR, 19 Safar 1438H, Sabtu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyertai perhimpunan Bersih 5, petang ini, sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang pada jam 12.30 tengah hari dari luar negara.
Beliau diiringi bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dan wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, serta penyokong Bersih.
Tun Dr Mahathir berjalan dari Dataran Maybank Bangsar sebelum menyertai himpunan Bersih di Stesen LRT Bangsar, kira-kira jam 2 petang tadi.
Sejak Khamis lalu, beliau berada di Sudan kerana menghadiri KL Summit.
The post Tun M, Muhyiddin, Mukhriz sertai Bersih 5 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan