UPSR: Ibu bapa boleh semak semula keputusan jika tidak puas hati
PUTRAJAYA, 18 Safar 1438H Jumaat – Ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) anak mereka boleh membuat rayuan untuk semakan semula kertas peperiksaan.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Lembaga Peperiksaan, Datin Nawal Salleh dalam satu sidang media penjelasan UPSR 2016 di sini, hari ini.
Katanya, rayuan semakan dibuka mulai semalam dan boleh dibuat dalam tempoh sebulan.
“Permohonan boleh dibuat melalui sekolah atau memuat turun borang rayuan menerusi laman sesawang Lembaga Peperiksaan Malaysia dan dipos semula kepada pihak kami,” katanya.
Bagaimanapun Nawal berkata, bayaran RM50 dikenakan bagi setiap mata pelajaran yang ingin disemak.
Namun katanya, ibu bapa dinasihatkan agar tidak kecewa dan menghukum anak yang tidak memperoleh semua A.
“Anak sepatutnya mengejar ilmu dan bukannya mengejar A kerana jika kita kejar ilmu, A akan datang,” katanya.
The post UPSR: Ibu bapa boleh semak semula keputusan jika tidak puas hati appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan