(VIDEO): Detik penuh emosi budak 6 tahun diselamatkan daripada runtuhan

emosi

ALEPPO, 21 Safar 1438H, Isnin – Satu lagi klip video diperoleh dari timur Aleppo, semalam, menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki ditarik keluar dari runtuhan rumahnya oleh pasukan sukarelawan Syria, White Helmets.

Operasi menyelamat kanak-kanak itu dan keluarganya dilaporkan mengambil masa empat jam. Seorang anggota White Helmet memanggil kanak-kanak itu ‘Hamouda’ ketika menyelamatkannya.

Klip video itu menjadi viral di media sosial serentak dengan utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Syria memberi amaran bahawa ‘masa semakin pendek’ bagi timur Aleppo, sambil menyatakan kemarahan antarabangsa berikutan kempen pengeboman rejim Bashar Al-Assad di Aleppo.

Staffan de Mistura, utusan PBB, juga mengesahkan rejim Assad menolak cadangan gencatan senjata bagi membolehkan pembangkang Syria mentadbir kawasan yang dikawal penentang di Aleppo. – Agensi

The post (VIDEO): Detik penuh emosi budak 6 tahun diselamatkan daripada runtuhan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?