Zakir Naik diberi kerakyatan Malaysia, dakwa akhbar India
BANGI,27 Safar 1438H, Ahad – Pendakwah terkenal antarabangsa, Dr Zakir Naik diberikan kerakyatan Malaysia, dakwa laporan akhbar India, Hindustan Times.
Wakil kepada Dr Zakir berkata, kewarganegaraan Malaysia itu ditawarkan sebagai pakej ketika beliau dianugerahkan gelaran Tokoh Ma’al Hijrah pada tahun 2013.
“Ia adalah dasar Malaysia untuk menawarkan kewarganegaraan kepada penerima anugerah tertinggi negara mereka. Sekarang Zakir Naik warganegara Malaysia juga,” kata wakil yang tidak dinyatakan nama.
Memetik laporan, pengasas Islamic Research Foundation (IRF) itu didakwa berada di Malaysia selepas yayasan tersebut diharamkan oleh pihak berkuasa India.
Jumaat lalu, Dr Zakir dalam satu kenyataan mengkritik tindakan pihak berkuasa India mengharamkan organisasi IRF.
Dr Zakir menegaskan bahawa beliau sentiasa menyokong keamanan dan mengutuk tindakan keganasan dalam sebarang bentuk ketika ucapan umumnya.
“Saya mengharapkan penyiasat profesional dari agensi kerajaan melakukan kerja dengan teliti. Jika mereka berbuat begitu, isu ini tidak akan ada apa-apa. Tetapi saya agak ia buat rancangannya. Rancangannya ialah untuk mengharamkan, bukan menyiasat.” katanya.
Dr Zakir Naik sangat terkenal sebagai pemidato yang petah berucap dan tangkas mematahkan hujah anti-Islam berbekalkan bukti yang jelas dan kukuh dan tidak memfitnah mana-mana agama selain Islam, sebaliknya hanya menyatakan semula apa yang terdapat dalam kitab suci agama itu sendiri.
Malah, orang bukan Islam sentiasa dialu-alukan untuk menghadiri program beliau dan bertanyakan sendiri sebarang persoalan padanya.
Kehadiran beliau ke Malaysia pada April lalu disambut baik oleh masyarakat Islam di Malaysia, dengan kehadiran ke programnya mencecah puluhan ribu orang.
The post Zakir Naik diberi kerakyatan Malaysia, dakwa akhbar India appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan