25 terbunuh letupan bom di gereja Koptik di Kaherah


KAHERAH, 11 Rabiulawal 1438H, Ahad
– Satu letupan di sebuah gereja dekat kawasan Abbasiyyah telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh.

Letupan yang berlaku di Gereja St Peter, sebelah Gereja St Mark’s Cathedral – pejabat pemimpin tertinggi Kristian Mesir Pope Tawadros II – kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan turut menyebabkan 35 yang lain cedera.

Ketika kejadian, penganut Kristian sedang mengadakan perhimpunan mingguan di Gereja St Peter, manakala Gereja St Mark’s Cathedral sedang dibaik pulih.

Agensi berita tempatan melaporkan bom itu telah dipasang di dalam gereja.

Setakat ini masih belum ada pihak mengaku bertanggungjawab.

“Saya nampak mayat bergelimpangan, kebanyakannya wanita, terbaring atas kerusi panjang. Ia amat mengerikan,” kata seorang petugas gereja, Attiya Mahrous.

Dalam satu kenyataan rasmi, pemimpin tertinggi institusi Al-Azhar, Syeikh Ahmed Tayyib mengutuk serangan itu dan menyatakan solidaritinya bersama kumpulan gereja Mesir dan penganut Kristian Koptik dalam melawan terorisme.

BERITA BERKAITAN:

Enam anggota polis maut serangan bom di Kaherah

The post 25 terbunuh letupan bom di gereja Koptik di Kaherah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?