73 terbunuh dalam serangan di Idlib
BEIRUT, 5 Rabiulawal 1438H, Isnin – Sekurang-kurangnya 73 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan udara di wilayah Idlib iaitu kawasan yang dikuasai pemberontak.
Pemantau Hak Asasi Manusia Syria hari ini melaporkan, angka kematian itu termasuk 38 di bandar Maarat Al-Numan.
Memetik laporan berita antarabangsa, pesawat perang Rusia serta jet dan helikopter tentera Syria telah membedil kumpulan pemberontak di Idlib, barat daya Aleppo, dalam tempoh beberapa bulan.
Menurut pemerhati, bedilan itu termasuk bom tong – kelengkapan bahan diperbuat daripada drum minyak yang dipenuhi dengan bahan letupan lalu digugurkan daripada helikopter.
Syria dan Rusia bagaimanapun menafikan mereka menggunakan bom tong, di mana penggunaan itu mendapat kritikan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Perang saudara di Syria yang bermula pada tahun 2011, diketuai Presiden Bashar Assad, mendapat sokongan Rusia, Iran dan militia Syiah bagi menentang pemberontak Sunni termasuk kumpulan yang disokong oleh Amerika Syarikat, Turki dan teluk kerajaan.
Militan yang didakwa jihad turut berperang bersama pemberontak termasuk Jabhat Fateh Al-Sham, yang mempunyai kehadiran besar di wilayah Idlib, turut dikenali sebagai Barisan Nusra.
Rusia berkata, serangan yang bermula pada September 2015 adalah kempen udara, bertujuan untuk mencegah jihad termasuk Fateh Al-Sham serta kumpulan Daesh daripada memperoleh lebih banyak wilayah di Syria, yang boleh digunakan untuk melancarkan serangan di luar negara. – Agensi
The post 73 terbunuh dalam serangan di Idlib appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan