Arkib nasihat selamatkan dokumen penting dari musnah banjir
KUALA NERUS, 4 Rabiulawal 1438H, Ahad – Negeri-negeri di Pantai Timur yang sering dilanda banjir seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang diminta lebih prihatin memelihara rekod-rekod, dokumen dan bahan rujukan agar ia dapat diselamatkan ketika banjir melanda.
Ketua Pengarah Jabatan Arkib Negara, Azemi Abdul Aziz berkata, jabatan dan agensi-angensi kerajaan berkaitan, perlu mengelakkan rekod dan bahan penting yang ada di jabatan atau agensi kerajaan serta rumah orang peseorangan musnah terkena air.
“Bahan-bahan atau dokumen ini hendaklah dipindah ke tempat yang lebih tinggi dan selamat,” katanya ketika ditemui Bernama di sini. Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Arkib Terengganu Mohd Nasir Ismail.
Azemi berkata, Jabatan Arkib mendapati kira-kira 70,000 rekod-rekod dan bahan-bahan penting yang tidak dapat diselamatkan semasa banjir melanda Terengganu pada 2013.
“Begitu juga ketika banjir besar melanda Kelantan pada 2014, kira-kira 280,000 bahan-bahan, rekod dan dokumen penting musnah sama sekali. Satu kehilangan yang amat merugikan,” katanya.- Bernama
The post Arkib nasihat selamatkan dokumen penting dari musnah banjir appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan