Diskaun tol 10 peratus bagi pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, LPT 1 sempena Krismas

KUALA LUMPUR, 19 Rabiulawal 1438H, Isnin – Sempena sambutan Hari Natal, Anih Berhad, pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 memberikan diskaun tol 10 peratus kepada pengguna yang membuat bayaran secara elektronik di kedua-dua lebuh raya itu.

Pengarah Anih Berhad, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein memaklumkan diskaun itu akan ditawarkan 24 jam bermula 12.01 pagi Ahad (25 Dis) supaya pengguna dapat menikmati nilai tambahan dengan bayaran tol yang lebih rendah pada musim perayaan.

Pengguna juga dinasihatkan merujuk jadual cadangan waktu perjalanan yang dipaparkan di laman web www.anihberhad.com, laman twitter @LPPTrafik atau Facebook Lebuhraya Pantai Timur untuk perjalanan yang lebih selesa, katanya dalam kenyataan hari ini.  – Bernama

The post Diskaun tol 10 peratus bagi pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, LPT 1 sempena Krismas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?