Enam NGO serah memorandum kepada PBB berhubung isu Rohingya

download

KUALA LUMPUR, 2 Rabiul Awal 1438H, Jumaat – Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk melahirkan bantahan berhubung penindasan ke atas etnik Rohingya di Myanmar.

Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Gabungan Ayahanda Selangor (Gegas) dan Amanah Rasah Cekal (ARC) menyerahkan memorandum itu kepada wakil PBB, Dr Graham Harrison di Wisma UN, Bukit Damansara di sini.

Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, dalam memorandum itu, mereka juga menggesa PBB mengambil tindakan dan mencari penyelesaian untuk membantu masyarakat Rohingya.

“PBB tidak boleh berdiam diri ketika masyarakat Rohingya ditembak dan wanita dirogol. Kami mengutuk sekeras-kerasnya keganasan ini,” kata beliau dalam satu kenyataan, semalam.

Ribuan etnik Rohingya dilaporkan telah lari meninggalkan Myanmar untuk menyelamatkan diri daripada penindasan dan kekejaman ke atas mereka. – Bernama

The post Enam NGO serah memorandum kepada PBB berhubung isu Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?