Etnik Rohingya masuk Bangladesh akan dihantar semula ke Myanmar

rohingya-kid
DHAKA, 2 Rabiul Awal 1438H, Jumaat
– Dalam keadaan ratusan umat Islam etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dan berkumpul di beberapa kem tidak berdaftar di kawasan Teknaf dan Cox’s Bazar, Menteri Dalam Negeri Asaduzzaman Khan berkata, mereka akan dihantar ke negara asal tidak lama lagi.

Dalam satu kenyataan semalam, Asaduzzaman berkata kerajaan Bangladesh telah memberikan bantuan kemanusiaan kepada etnik Rohingya yang telah lolos masuk ke negara itu secara haram.

Pasukan keselamatan sempadan Bangladesh (BGB) dan pengawal pantai bertugas 24 jam sehari bagi memantau ketibaan beramai-ramai warga Rohingya ke negara itu.

Sejak diserang tentera Myanmar pada Oktober lalu, ribuan umat Islam etnik Rohingya telah menyusup masuk ke Bangladesh melalui beberapa pintu masuk sempadan termasuk Sungai Naf.

Rabu lepas, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan sekurang-kurangnya 10,000 warga Rohingya telah memasuki Bangladesh.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan Cox’s Bazar mendakwa sebenarnya jumlah mereka adalah lebih 30,000 orang.

Kini terdapat lebih 11,000 warga Rohingya berlindung di beberapa buah kem perlindungan sementara. – Agensi

The post Etnik Rohingya masuk Bangladesh akan dihantar semula ke Myanmar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?