Gambar militan Syiah Hezbollah tangkap, bunuh orang awam Aleppo
ALEPPO, 18 Rabiulawal 1438H, Ahad – Kumpulan pemantau media hari ini menyiarkan gambar yang menunjukkan militan Iran dan Syiah Hezbollah, menangkap dan membunuh orang awam yang cuba meninggalkan Aleppo.
Dalam gambar yang menjadi viral di media sosial itu, kumpulan berpakaian tentera membawa senjata mengelilingi sekumpulan lelaki yang diarah berbaring di tepi jalan.
Testimoni saksi yang dikeluarkan oleh pejabat pasukan sukarela White Helmets di Aleppo, pula menyiarkan rakaman suara wanita dalam bahasa Arab yang memberitahu militan Iran menangkap seorang wanita hamil, kelmarin, selepas membunuh suaminya di satu sekatan.
Aktivis media Syria, Hadi Abdullah, mengesahkan kejadian yang dilakukan puak militan Iran dan Syiah Hezbollah itu.
Katanya, kumpulan pelarian itu ditahan oleh Syiah Hezbollah dan militan Iran di satu sekatan, sebelum mula melepaskan tembakan dengan mesingun 23mm dan menghalang serta mengusir pasukan bulan sabit merah daripada memberi bantuan.
Beliau berkata, puak militan mengarahkan semua lelaki turun dari bas, merampas barangan mereka dan mengarahkan mereka meniarap di atas jalan.
Hadi mengesahkan apa yang dikatakan oleh penyelamat White Helmets, bahawa seorang lelaki yang turun dari bas bersama isterinya yang hamil telah menolak seorang militan yang cuba mencabul kehormatan isterinya, adalah antara yang dibunuh.
Mereka yang tidak dibunuh diarah berjalan kaki pulang ke kawasan yang dikepung rejim Bashar Al-Assad.
Pejuang Syria menuduh Iran dan militan Syiah, menangguh perjanjian membenarkan orang awam yang terperangkap di saki baki kawasan dikuasi pejuang di Aleppo, daripada dipindahkan. – Agensi
BERITA BERKAITAN
Pembabitan Iran di Musol, Aleppo usaha Syiah hapus Ahli Sunnah
Iran di Aleppo: Jeneral Syiah mahu bunuh semua penduduk terperangkap
The post Gambar militan Syiah Hezbollah tangkap, bunuh orang awam Aleppo appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan