Hina Rasulullah: Peguam tuduh Pembantu Khas Rosmah fitnah Tun M

mohamed_haniff_khatri_abdulla_0611b

BANGI, 6 Rabiulawal 1438H, Selasa – Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla hari ini berkata, pembantu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menabur fitnah dengan mendakwa ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad memperlekehkan Rasulullah SAW.

Beliau berkata, Rizal Mansor dengan jahat dan menyeleweng memutarbelitkan bahagian ucapan bekas Perdana Menteri ketika hadir pada Persidangan Tahunan DAP Ahad lalu, yang kononnya menghina Nabi Muhammad SAW, dengan mengatakan Rasulullah tidak mempunyai 1MDB atau wang RM2.6 bilion.

Haniff yang juga peguam Tun Dr Mahathir turut memetik dan memuat naik video ucapan Tun Dr Mahathir dalam laman facebooknya yang antara lain menyebut:

…and i am very well assured, kerana Yang Berhormat Guan Eng juga memberi penjelasan tentang liberalisme DAP. Dia tak berapa liberal lah. Dia patuh kepada adat istiadat orang-orang Malaysia … they stick to the Malaysian values system, not to become liberal like the U.S. We are not going to have Guan Eng marrying another man, and i am not going to marry another man either.

“So these are all the false things that are being spread by Datuk Seri Najib particularly, and of course BY HIS HENCHMAN, who speaks, WHO REGARDS NAJIB AS BEING CREATED BY GOD … WOW !!! … , AND NOW HE IS COMPARING HIMSELF TO THE PROPHET OF ISLAM, BUT THE PROPHET OF ISLAM AS YOU KNOW, DID NOT HAVE 1MDB … HE DID NOT HAVE 2.6 BILLION RINGGIT IN HIS ACCOUNT, that is why we look up to him … but Najib, he should be placed in a court of law to answer for all the things that he has done….

Beliau berkata, apa yang jelas ialah Tun Dr Mahathir tidak langsung menghina Nabi Muhammad sebagaimana difitnah oleh Rizal.

Yang sebenarnya, Haniff berkata, ucapan Tun Dr Mahathir itu dengan tegas menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

The post Hina Rasulullah: Peguam tuduh Pembantu Khas Rosmah fitnah Tun M appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?