Insurans pemandu, penumpang Uber bukan tanggungjawab kerajaan, kata menteri

uber-mobile

KUALA LUMPUR, 5 Rabiulawal 1438H, Isnin – Pemandu atau penumpang Uber tidak tersenarai sebagai salah satu komitmen kerajaan untuk melindungi mereka dengan insurans jika mereka terbabit dalam kemalangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, buat masa ini pemandu dan penumpang perlu bergantung kepada insurans peribadi tanpa campur tangan kerajaan disebabkan penggunaan perkhidmatan Uber masih lagi tidak digalakkan oleh kerajaan.

“Hal ini tidak bermakna kerajaan tidak prihatin kerana Program Transformasi Industri Teksi (TITP) telah diperkenalkan untuk menambah baik industri yang menjadi pilihan kebanyakan masyarakat sebagai pekerjaan terakhir.

“Jadi hal mengenai insurans akan tersenarai dalam pindaan Akta Pengangkutan Awam 2010 yang akan dibentangkan di Parlimen tahun depan,” katanya di Dewan Negara, di sini hari ini.

The post Insurans pemandu, penumpang Uber bukan tanggungjawab kerajaan, kata menteri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?