Isu Rohingya: Menteri luar Asean adakan perbincangan hari ini di Yangon
YANGON, 19 Rabiulawal 1438H, Isnin – Menteri-menteri luar Asean hari ini, mengadakan satu pertemuan di Yangon, Myanmar bagi membincangkan penyelesaian krisis yang sedang berlaku di negara itu kini.
Menteri Luar Malaysia, Anifah Aman berkata, tekanan berterusan dari masyarakat antarabangsa dan Malaysia sendiri telah membawa semua ahli ke perbincangan berkenaan dan menggesa supaya pasukan tentera melakukan pengunduran.
Bekas Setiausaha Agung Asean, Ong Keng Yong berkata, negara-negara jiran bimbang krisis Rohingya boleh memberi kesan kepada perkara lain.
“Isu sebegini jika tidak diuruskan dengan baik, akan memberi kesan terhadap gambaran umum keamanan dan keselamatan negara dalam Asean,” katanya kepada AFP.
Beliau berkata, mesyuarat hari ini mungkin akan memberi tumpuan kepada menghentikan keganasan, memperbaiki hubungan antara ahli-ahli dan juga perkongsian maklumat yang lebih baik antara negara-negaa ahli.
Myanmar telah mendapat kritikan dari luar rantau ini sejak bermulanya krisis Rohingya, termasuk dari Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Minggu lalu, Pesuruhjaya Hak PBB Zeid Ra’ad Al Hussein mengkritik cara kerajaan Myanmar menangani krisis itu dengan menganggapnya sebagai “tidak berhati perut” serta menyifatkannya sebagai satu cara untuk menjadikan perkara yang sudah teruk bertambah parah.
Suu Kyi turut mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Indonesia bulan ini selepas membatalkan lawatan ke negara tersebut berikutan bantahan dan cubaan serangan ke atas kedutaan Myanmar.
Sebahagian besar penduduk Rohingya Myanmar dinafikan kewarganegaraan mereka dan telah tinggal selama bertahun-tahun di bawah sekatan pergerakan.
Ini bukan kali pertama nasib Rohingya telah merebak menjadi krisis serantau.
Tahun lalu, beribu-ribu warga etnik tersebut terkandas di laut selepas pihak berkuasa menuutup laluan penyeludupan melalui Thailand.
Beribu-ribu telah melarikan diri dengan bot usang, mencari perlindungan di negara-negara majoriti Islam seperti Malaysia dan Indonesia. – Agensi
The post Isu Rohingya: Menteri luar Asean adakan perbincangan hari ini di Yangon appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan