KATA PEDANG: Tolong hentikan fitnah seks daripada dunia politik Malaysia

PEDANG naik angin betul apabila isu skandal seks terus dimainkan dalam kenyataan-kenyataan ahli politik negara kita.

Terkini, bekas anggota Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin mendakwa beliau disingkirkan daripada jawatan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atas tuduhan terlibat dengan skandal seks bersama bekas pembantunya.

Anina menafikan terbabit dengan perbualan intim dalam aplikasi Whatsapp yang disebarkan di media sosial.

Akhbar harian milik UMNO, Utusan Malaysia pula mengambil kesempatan memanaskan kembali isu skandal seks ini dengan mengaitkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kes lain berikutan pendedahan satu akuan berkanun yang dikeluarkan seorang bekas timbalan pendakwa raya untuk kes penceraiannya.

Akhirnya, isu skandal seks ini berlarutan tiga empat hari dalam media-media tempatan.

Adakah ini satu keadaan yang sihat?

Adakah ini satu tanda kematangan dalam berpolitik?

Adakah begini politik yang diajarkan oleh Islam?

Adakah begini cara fikir editorial media-media yang memanipulasikan isu skandal seks untuk menarik perhatian pembaca?

Adakah perkara ini bagus untuk masyarakat Malaysia menuju negara maju 2020?

Tidak!

Pedang sedih apabila membaca tajuk-tajuk berita yang memainkan isu skandal seks. Pihak-pihak terlibat sama ada penuduh atau tertuduh akhirnya tidak dapat menjadi contoh tauladan terbaik kepada masyarakat.

Menurut Islam, jika berlaku sesuatu kesalahan jenayah syariah seperti khalwat, zina dan sebagainya, penuduh mesti mengemukakan dakwaannya dan membawa bukti.

Pihak tertuduh pula perlu menafikan dan bersumpah jika tidak bersalah.

Perkara ini jelas disebut dalam syarak sebagai panduan umat Islam tak kira ahli politik atau masyarakat biasa.

Masalahnya ialah apabila syarak tidak dijadikan rujukan utama, maka timbullah macam-macam tindakan yang hakikatnya tidak menyelesaikan masalah pun.

Sebaliknya ia menimbulkan banyak lagi masalah yang sepatutnya boleh dielakkan sejak awal.

Dalam isu Anina, beliau sudah menafikannya. Lagi pula, screenshot perbualan Whatsapp yang didedahkan tidak mempunyai nama Anina.

Jadi, apa masalahnya lagi?

Muhyiddin juga menafikan tuduhan yang dibuat ke atasnya. So what???

Jika benar-benar pihak tertuduh bersalah, kemukakanlah ke pihak pendakwaan supaya tindakan seterusnya dapat dilakukan.

Tidak perlu riuh rendah di media yang kesannya hanya membina persepsi negatif kepada sesetengah pihak.

Padahal jika tuduhan itu tidak benar, si penuduh sebenarnya boleh dianggap penipu besar dan pembuat fitnah yang tidak boleh digunapakai persaksiannya.

Kesimpulannya, hentikanlah politik kotor yang tidak matang ini.

Kata Pedang: Orang kata inilah resam dunia politik. Pedang pula nak kata, hentikanlah ia sebelum terlewat! Inilah permintaan majoriti rakyat Malaysia.

The post KATA PEDANG: Tolong hentikan fitnah seks daripada dunia politik Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?