KRIM Kuala Lumpur juara The Finale ARK 2016
oleh Noradlina Zkeri
KUALA KUBU BARU, 2 DIs – Setelah berhempas pulas dalam Akademi Remaja (ARK) KRIM sepanjang 2016 ini, akhirnya Kelab Remaja Isma Cawangan Kuala Lumpur (KRIM KL) KRIM KL berjaya dinobatkan sebagai negeri terbaik bagi kumpulan lelaki dan perempuan menumpaskan enam cawangan KRIM yang lain di acara The Finale yang telah diadakan di Asia Camp, Kuala Kubu Baru, Ampang Pecah baru-baru ini.
Turut diadakan anugerah tokoh bagi empat kategori yang dibolot bersih oleh peserta dari kontinjen KRIM KL.
Ikon ARK yang disandang oleh Muhammad Afiq Arsyad bin Awang @ Tarmizi dan Athilah Iman bt Badrul Hisham, bagi Anugerah Tokoh Sukan.
Manakala peserta terbaik The Finale bagi lelaki dan perempuan disandang oleh Muhammad Rafi’uddinbin Rahmat dan Siti Aidaafina bt Mohd Fadzil.
Pada kali ini KRIM KL telah menyahut cabaran dengan menghantar 65 orang peserta ke program 2 hari 1 malam ini. Lebih 340 orang peserta daripada seluruh negeri dalam Semenanjung Malaysia telah menyertai pertandingan ini. Semangat bersaing untuk memenangi pertandingan sangat tinggi dalam kalangan peserta termasuklah peserta yang mewakili KRIM KL.
Para peserta KRIM KL juga berkongsi rasa teruja menghadiri The Finale.
“Sepanjang The Finale, saya dapat memupuk semangat kerjasama dengan peserta dari negeri lain. Selain itu, saya dapat mengenali antara satu sama lain walaupun berbeza negeri. Lantas dapat mengeratkan silaturahim sesama peserta The Finale,” kata peserta wakil KRIM KL, Hazimah Hassan.
“The Finale sangat bagus untuk membangun ummah. Saya berharap agar semua para peserta yang pulang ke negeri masing-masing akan terus menyebarkan apa yang diperoleh sepanjang program ini,” Ujar Muhammad Rafi’uddin bin Rahmat.
Di samping itu, penerima Anugerah Ikon ARK, Muhammad Afiq Arsyad bin Awang @ Tarmizi mendapati program ini sangat baik kepada para peserta kerana ia memberi impak yang sangat positif dalam kalangan para peserta.
The Finale peringkat kebangsaan merupakan program kemuncak penutup Akademi Remaja KRIM bagi 2016 yang diadakan setiap tahun oleh KRIM Nasional.
Melalui program ini para peserta bersaing antara kontinjen-kontinjen negeri lain dalam beberapa acara. Kontinjen terbaik akan membawa pulang piala pusingan yang menjadi rebutan antara kontinjen dan juga hadiah iringan yang disediakan.
Ulasan
Catat Ulasan