KTMB naik taraf sistem tiket Selasa depan
KUALA LUMPUR, 1 Rabiulawal 1438H, Khamis – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menaik taraf sistem tiket perkhidmatan tren KTM Antarabandar dan Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) pada Selasa depan.
Dalam satu kentyataan, KTMB berkata kerja menaik taraf akan berlangsung selama 24 jam bermula 12.05 pagi hingga 12 tengah malam.
Sehubungan itu pembelian tiket pada tarikh tersebut hanya boleh dibuat di kaunter KTMB secara manual.
“Sebarang transaksi, semakan, pembatalan atau pindaan melalui aplikasi dalam talian juga akan ditutup sementara waktu dalam tempoh tersebut.
“Orang ramai yang merancang menggunakan kedua-dua perkhidmatan tersebut disaran membuat pembelian lebih awal bagi mengelak sebarang kesulitan,” kata KTMB.
Ia berkata bagi pengguna yang telah membuat tempahan tiket secara atas talian, mereka boleh mencetak tiket perjalanan mereka selewat-lewatnya pada Isnin depan bagi memastikan mereka mempunyai tiket sah sebelum menaiki tren.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau melayari laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my.- Bernama
The post KTMB naik taraf sistem tiket Selasa depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan