Mara taja penuh pelajar keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah

LANGKAWI, 17 Rabiulawal 1438H, Sabtu – Majlis Amanah Rakyat (Mara) memberi jaminan akan menaja penuh pelajar cemerlang daripada kumpulan keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah, untuk melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian di bawah kendaliannya.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, insitusi berkenaan termasuk Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kolej Politeknik Mara dan Universiti Mara yang akan ditubuhkan.

“Untuk pelajar daripada keluarga kumpulan B40 yang berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan dan kumpulan M40 (pendapatan sehingga RM6,000 sebulan), kita akan taja penuh,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pemukiman Yayasan Pelajaran Mara di sini, hari ini.

Katanya, Mara mendapat peruntukan RM2 bilion daripada Bajet 2017 untuk meneruskan penajaan itu, khususnya di bawah Skim Penajaan Cemerlang (SPC).

Annuar berkata, penajaan untuk pelajar cemerlang bagi melanjutkan pengajian di luar negara juga akan diteruskan, dengan tumpuan negara yang dipilih lebih rendah kos pengajiannya.

Katanya sehingga kini, Mara menaja lebih 65,000 pelajar yang mana kira-kira 7,000 daripadanya mereka belajar di luar negara.

“Kira-kira 15,000 orang lagi pelajar baharu akan ditaja untuk tahun depan.

“Untuk mereka yang melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah, Mara akan hanya menaja mereka yang dipilih ke universiti-universiti 50 terbaik dunia di bawah QS ranking atau lebih baik daripada universiti-universiti tempatan,” katanya. – Bernama

The post Mara taja penuh pelajar keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?