MB Johor nafi 700,000 kewarganegaraan untuk China

JOHOR BAHRU 09 June 2014. Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mempengerusikan pada sidang media selepas selesai sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri kali ke-13 di Kota Iskandar.. NSTP/Mohd Azren Jamaludin

BANGI, 5 Rabiulawal 1438H, Isnin – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung 700,000 warga China yang terlibat dalam projek pembangunan gergasi di negeri itu akan diberikan kewarganegaraan dan hak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Beliau menyifatkan dakwaan bekas Perdana Menteri itu sebagai tidak berasas serta tidak masuk akal, dan menegaskan bahawa isu kewarganegaraan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan.

“Bukan mudah untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia, apatah lagi status sebagai penduduk tetap di sini,” katanya kepada pemberita, semalam.

Sebelum ini, Dr Mahathir dalam satu ucapannya mendakwa lebih 700,000 warga China akan dibawa masuk ke Forest City dan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Projek Forest City merangkumi pembangunan kawasan perdagangan, pelancongan, perhotelan, kediaman, perkhidmatan dan sebagainya.

Forest City, dengan keluasan lebih 1,386.05 hektar, dibina atas empat pulau buatan manusia di Iskandar Malaysia.

Menolak dakwaan itu, Mohamed Khaled berkata, hartanah tersebut tidak hanya dipasarkan kepada warga China, malah ia turut dibuka ke Australia dan Timur Tengah.

“Lepas 30 tahun mungkin akan ada 700,000 warga asing di Johor tetapi mustahil semuanya adalah warga China,” katanya

The post MB Johor nafi 700,000 kewarganegaraan untuk China appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?