Menyamar cucu Sultan Johor, remaja Singapura didakwa

BANGI, 7 Rabiulawal 1438H, Rabu – Seorang remaja lelaki warga Singapura didakwa di Mahkamah Majistret Juvana Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menyamar sebagai kerabat diraja negeri itu.

Remaja berusia 15 tahun itu didakwa mengisytiharkan dirinya sebagai cucu kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menerusi akaun media sosialnya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai kerabat diraja yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tertuduh dipercayai melakukan kesalahan itu di sebuah kedai di Plaza Angsana, Johor pada 6 Ogos lalu, kira-kira jam 4.30 petang, dan ditahan pada hari yang sama.

Dia yang masih bersekolah di Singapura bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Salina Omar.

Tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Ashraff Mohd Diah dibenarkan ikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 5 Januri depan untuk sebutan semula kes.

The post Menyamar cucu Sultan Johor, remaja Singapura didakwa appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?