Penulis veteran hasil dua buah buku dedah ‘dosa’ Tun M, Muhyiddin

al-atas

KUALA LUMPUR, 1 Rabiul Awal 1438H, Khamis – Seorang penulis buku veteran bertindak berani apabila menghasilkan dua buah buku mendedahkan ‘dosa-dosa’ dua pemimpin negara, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penulis berkenaan, Syed Hussein Al-Attas berkata, buku yang ditulisnya mengenai dua pemimpin negara yang belot terhadap UMNO adalah satu keperluan supaya rakyat mengetahui dosa-dosa lampau mereka.

Dua buku tersebut diberikan tajuk ‘Dosa-Dosa Mahathir’ dan ‘Muhyiddin Yassin Petualang’ adalah salah satu karya terbaik sepanjang bergelar penulis.

Syed Hussin yang banyak menulis buku-buku genre politik sejak 1970-an merasakan beliau perlu memberitahu perihal perkara sebenar yang melanda politik di negara ini khususnya yang melibatkan pucuk pimpinan Parti Bersatu itu.

“Kenapa saya tidak tulis buku tentang jasa-jasa Mahathir, selama 22 tahun dia jadi Perdana Menteri, lebih kurang 30 hingga 40 buah buku semua cerita tentang jasa-jasa dia.

“Kita sebagai penulis, kalau warna itu hitam, kita tidak boleh cakap ia warna biru atau hijau, kalau merah kita kata merah,” katanya yang dipetik daripada mynewshub.cc.

Malah beliau berkata, penulisan buku bukan hanya kontroversi, namun ia juga merupakan insiden yang benar-benar berlaku kerana beliau telah lama mengenali kedua pemimpin ini.

“Saya kenal mereka berdua ini sangat lama, kalau saya salah mereka boleh saman saya, mereka boleh bawa saya ke mahkamah.

“Buku saya memang kontroversi, kalau tak saya tak nak tulis,” katanya.

The post Penulis veteran hasil dua buah buku dedah ‘dosa’ Tun M, Muhyiddin appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?