Program membaca di sekolah Tebing Barat menang AS$1 juta
TEBING BARAT, 4 Rabiulawal 1438H, Ahad – Tujuh tahun lalu, guru-guru di sekolah Vanguard Hope di bandar Nablus, Tebing Barat berkumpul dengan satu matlamat untuk menarik minat kanak-kanak Palestin seronok membaca.
Dalam tempoh beberapa tahun itu, mereka tidak pernah membayangkan bahawa program di peringkat akar umbi tersebut akan diaugerahkan dana bernilai AS$1 juta sebagai inisiatif bacaan terbaik dalam pertandingan bacaan di Dubai.
Penyelaras program bacaan sekolah itu, Hadeel Humeid berkata, beliau dan guru-guru lain melihat kanak-kanak di negara Arab tidak banyak membaca seperti masyarakat di Barat.
“Apabila kita bekerjasama pada 2009, kita mahu mengubahnya untuk mengajar anak-anak kita di sini membaca untuk keseronokan, seperti yang kita lihat di negara-negara lain.
“Selepas beberapa tahun usaha itu, kita akhirnya melihat ia berhasil,” katanya.
Menurut laporan Pembangunan Kebudayaaan, Yayasan Pemikiran Arab, purata tahunan tempoh bacaan kanak-kanak di sebuah negara Arab hanya enam minit sahaja, manakala di Barat sebanyak 12,000 minit.
“Statistik ini tidak boleh diterima di sekolah kami,” kata Hadeel.
Sekolah itu merancang membina sebuah perpustakaan baru untuk pelajar dengan hasil wang kemenangan yang diterima. – Agensi
The post Program membaca di sekolah Tebing Barat menang AS$1 juta appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan