Putra Mahkota Maha Vajiralongkorn jadi Raja Thailand baharu

raja-baru-thailand_20161014_112407

BANGKOK, 2 Rabiul Awal 1438H, Jumaat – Putera Mahkota Maha Vajiralongkon menaiki takhta selepas menerima jemputan secara rasmi daripada Dewan Perundangan Kebangsaan (Parlimen) untuk menjadi Raja Thailand yang baharu.

Putera Mahkota itu, 64, kini bergelar Raja Rama X atau Raja ke-10 Dinasti Chakri, menggantikan ayahnya, Raja Bhumibol Adulyadej, 89, yang mangkat genap 50 hari lalu pada 13 Okt.

Gelaran baharu rasmi ialah Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun, menurut kenyataan oleh Jabatan Perhubungan Awam.

“Saya menerima jemputan itu untuk memenuhi hasrat mendiang Raja dan bagi manfaat semua rakyat Thailand,” katanya menerima jemputan daripada Parlimen untuk menjadi Raja.

Pengangkatan menaiki takhta secara rasmi disempurnakan selepas menerima jemputan yang disampaikan oleh Parlimen untuk diisytiharkan sebagai raja yang baharu pada istiadat penghadapan, kata Presiden Parlimen Pornpetch Witchitcholchai dalam ucapan menerusi televisyen.

Turut hadir pada istiadat itu yang berlangsung di Dewan Ampornsathan yang disiarkan menerusi stesen televisyen negara itu ialah Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha, pemangku raja yang juga bekas Ketua Majlis Penasihat Raja, Jen Prem Tinsulanonda dan Hakim Mahkamah Agung Weeraphol Tangsuwan.

Dalam ucapannya yang disiarkan menerusi televisyen, Prayut mengisytiharkan Thailand mempunyai seorang raja baharu menggantikan mendiang Raja Bhumibol Adulyadej dan pemerintahannya bermula pada 13 Okt, hari ayahnya, Raja Rama ke-9 mangkat.

Istiadat penghadapan secara rasmi menjemput Putera Mahkota menjadi Raja baharu ialah susulan sesi khas Parlimen 2 hari lepas apabila parlimen mengandungi 250 anggota mengesahkan pengangkatannya menaiki takhta menurut perlembagaan.

Istiadat pertabalan rasmi Raja Rama X dijangka diadakan selepas upacara kremasi diraja, mungkin lewat tahun depan, menurut Prayut.

Raja baharu itu, yang diputerakan pada 28 Julai, 1952 di Ambara Villa, Bangkok ialah yang kedua daripada 4 cahaya mata mendiang Raja Bhumibol dan Permaisuri Sirikit, dan satu-satunya putera tunggal.

Beliau dinamakan oleh mendiang Raja Bhumibol sebagai pewaris takhta pada 28 Dis, 1972 ketika berusia 20 tahun.

Raja Rama X mendapat pendidikan peringkat rendah di Sekolah Chitralada di Bangkok dan kemudian melanjutkan pengajian di kolej swasta di United Kingdom dan Australia.

Oleh kerana mempunyai minat yang mendalam dalam hal ehwal ketenteraan, beliau memasuki dan lulus dari Royal Military College of Duntroon di Canberra dan New South Wales University dalam jurusan pengajian ketenteraan.

Sebagai seorang pegawai tentera dengan Tentera Diraja Thai sejak 1975, beliau juga menjalani latihan bersama-sama anggota tentera dari Australia,Britain dan Amerika Syarikat.

Menurut media tempatan, pada 1970-an sebagai pegawai muda tentera dalam Tentera Diraja Thailand, beliau sendiri mengetuai kempen menentang komunis di bahagian Utara dan Timurlaut negara itu.

Beliau juga ialah seorang juruterbang yang berkelayakan dan mampu menerbangkan jet pejuang serta pesawat pengangkut.

The post Putra Mahkota Maha Vajiralongkorn jadi Raja Thailand baharu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?