TNB nafi pemotongan elektrik pada 18 Disember

BANGI, 15 Rabiulawal 1438H, Khamis – Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menafikan dakwaan yang tersebar di laman sosial dan aplikasi Whatsapp kononnya seluruh negara akan bergelap pada 18 Disember ini.

TNB dalam satu kenyataannya berkata, pengguna dinasihatkan supaya berhenti daripada terus berkongsi maklumat palsu berkenaan ekoran ia menyebabkan kekeliruan.

“Untuk mendapatkan maklumat terkini kerja-kerja penyelenggaraan berkala TNB, pengguna dinasihatkan untuk melayari laman web TNB,” kata kenyataan itu.

Menurut maklumat palsu itu mendakwa, 18 Disember (Ahad) adalah hari tanpa elektrik di seluruh negara bermula 10 pagi hingga 5 petang.

Malah, maklumat yang tidak diketahui sumber asal itu mendakwa bahawa pemotongan elektrik telah berlaku di Petaling Jaya dan Subang Jaya, termasuk menggesa orang ramai melayari laman web TNB menerusi pautan yang disediakan dalam maklumat berkenaan.

The post TNB nafi pemotongan elektrik pada 18 Disember appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?