Banjir: 11 sekolah masih ditutup di Kelantan

KOTA BHARU, 9 Rabiulakhir 1438H, Ahad – Sebelas sekolah di Kelantan masih ditutup hari ini akibat banjir, menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan.

Katanya, enam daripada sekolah itu terletak di daerah Pasir Mas dan lima sekolah di daerah Tumpat.

Sekolah yang ditutup di daerah Pasir Mas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 2, SK Gual Tinggi, SK Gual To’ Deh, SK Bakong, SK Gelang Mas dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Diniah Bonggor.

Lima sekolah yang ditutup di daerah Tumpat ialah SK Simpangan, SK Bendang Pak Yong, Sekolah Menengah Agama (SMA) Nurul Huda Kajang Sebidang, SK Teluk Jering dan SK Padang Mandol.

Penutupan sekolah terbabit berikutan beberapa faktor iaitu laluan ke sekolah masih ditenggelami banjir, sekolah masih dinaiki air dan sekolah dijadikan pusat pemindahan banjir, katanya. – Bernama

The post Banjir: 11 sekolah masih ditutup di Kelantan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?