Kurang peruntukan: Universiti Malaya tak sambung kakitangan kontrak, akademik terjejas

BANGI, 9 Rabiulakhir 1438H, Ahad – Akibat pengurangan bajet kerajaan kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA), kakitangan akademik dan pelajar menjadi mangsa, selepas pihak universiti juga turut mengambil langkah penjimatan.

Laporan eksklusif akhbar The Star hari ini menyatakan, kakitangan akademik Universiti Malaya (UM) – IPTA utama di negara ini – menjadi mangsa terbaru berikutan langkah universiti itu melaksanakan langkah penjimatan.

Menurut akhbar kitu, langkah penjimatan dilakukan kerana pengurangan dana kerajaan kepada IPTA, yang sekali gus menyebabkan beberapa kemudahan di universiti dipinggirkan.

“Kini, ramai kakitangan terpaksa dilepaskan, dan ia membangkitkan kebimbangan mengenai kemungkinan kualiti pendidikan di UM akan terjejas.

“Menurut sumber, kebanyakan kakitangan yang mana kontraknya telah berakhir tidak diperbaharui, dan hanya segelintir dikekalkan. Ramai pelajar dan kakitangan akademik juga mengadu bahawa beberapa pensyarah cemerlang diberitahu untuk berundur,” lapor akhbar itu.

The Star melaporkan UM adalah satu daripada IPTA yang berdepan cabaran berikutan pengurangan dana kerajaan – kedua tertinggi di kalangan IPTA.

Persatuan Kakitangan Akademik UM (Pkaum) dilaporkan berkata, ia tidak dapat memberikan jumlah sebenar kakitangan akademik yang dilepaskan.

Setakat 31 Disember 2015, terdapat 1,430 kakitangan tetap dan 728 kakitangan kontrak. Kebanyakannya, terutama warga asing tidak diperbaharui kontrak mereka.

“Ia merupakan waktu yang sukar,” kata Setiausaha PKaum, Aznijar Ahmad Yazid sambil menambah bahawa hanya kakitangan yang benar-benar diperlukan diperbaharui kontraknya.

Universiti itu memperoleh RM638 juta pada 2015 dan dana itu dikurangkan sebanyak 27.3 peratus tahun lalu, sebelum pemotongan peruntukan itu mencecah 20.2 peratus tahun ini.

Aznijar yang juga seorang pensyarah di Fakulti Kejuruteraan UM berkata, pemotongan itu disifatkan tidak adil dan kerajaan seharusnya sentiasa mengutamakan pendidikan.

Beliau menambah, pengurangan tersebut turut menjejaskan operasi universiti.

Menurut sumber, kakitangan yang dikekalkan tertakluk kepada semua jenis langkah pengurangan kos, seperti mengehadkan mereka kepada penggunaan satu rim kertas pencetak setahun.

Jelas sumber berkenaan, mereka juga terpaksa membeli alat tulis sendiri.

Aznijar dilaporkan berkata, langkah itu selari dengan matlamat UM untuk mengamalkan operasi ‘tanpa kertas’ dan beliau lebih bimbang mengenai pemotongan bajet itu memberikan kesan kepada kualiti pendidikan dan penjagaan kemudahan seperti makmal dan dewan kuliah.

The post Kurang peruntukan: Universiti Malaya tak sambung kakitangan kontrak, akademik terjejas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

Sukaneka NAZIM Kuala Terengganu meriah