PAN tak usah sibuk tuduh PAS, selesai kemelut sendiri terlebih dahulu

KOTA BHARU, 7 Rabiulakhir 1438H, Jumaat – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Parti Amanah Negara (PAN) perlu belajar selesaikan kemelut dalamannya sendiri sebelum menuduh PAS membawa sikap pecah belah ke dalam gabungan pembangkang.

Beliau berkata demikian ketika menafikan dakwaan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Abdul Samad ke atas PAS yang didakwa membawa perpecahan dalam pembangkang.

“Saya tengok PAN ada masalah dalaman sendiri. Kadang-kadang kenyataan pimpinan sendiri pun menggambarkan mereka yang ada masalah.

“Contohnya kenyataan tentang pembahagian kerusi. Kenyataan sesama mereka pun bercanggah. Tak ada persefahaman. Mereka sendiri tidak ada penyatuan,” bidasnya.

Khalid semalam berkata, usaha pecah belah oleh PAS dalam rundingan antara pembangkang bagi pilihan raya akan datang perlu dihentikan segera.

Menurut Khalid, titik noktah terhadap usaha PAS itu perlu bagi mengelak dari berlakunya pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya.

Membidas kenyataan itu, Tuan Ibrahim berkata, PAS tidak akan mencampuri urusan parti lain atau parti pembangkang lain.

“Apa yang PAS buat hanyalah mempertahankan kerusi yang dimiliki PAS daripada dirampas oleh PAN.

“PAN perlu sedar, kerusi yang mereka duduk sekarang adalah milik PAS. Mana boleh mereka mengaku itu kerusi PAN. Masa PRU13 dulu yang bertanding di atas kerusi yang mereka duduki adalah PAS. Masa itu, PAN pun tidak wujud lagi,” katanya yang dipetik daripada Sinar Online, hari ini.

The post PAN tak usah sibuk tuduh PAS, selesai kemelut sendiri terlebih dahulu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?