Pasar 126 tahun di Pulau Pinang dibuka semula

GEORGETOWN, 8 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Pasar berusia 126 tahun yang sinonim dengan warisan Pulau Pinang, Pasar Chowrasta di sini, dibuka semula secara rasmi hari ini, selepas menjalani pengubahsuaian untuk menaik taraf pasar itu.

Pengubahsuaian itu membantu mewujudkan suasana menarik dan memudahkan penjualan dan pembelian barang di pasar itu.

Kerja menaik taraf pasar itu bermula pada 2013 bagaimanapun terpaksa ditangguhkan dari 24 Ogos 2015 ke 30 November tahun lepas kerana menghadapi banyak masalah ketika proses pengubahsuaian.

Sementara itu, Datuk Bandar, Datuk Patahiyah Ismail berkata, projek pengubahsuaian pasar itu merupakan sebahagian daripada pelan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk menaik taraf pasar dan kedai makan di negeri ini sejak 2009, dengan kos sekitar RM13 juta.

Beliau berkata, projek itu dijalankan oleh MBPP dengan mengambil kira pandangan dan permintaan orang ramai menerusi konsep ‘Bajet Berasaskan Outcome’.

“Kami berharap setelah dinaik taraf, kami dapat mewujudkan ruang yang selesa dan memenuhi keperluan bukan sahaja vendor dan penjual di sini tetapi juga pengunjung dan pengguna yang datang ke sini setiap hari,” katanya.

Pasar itu kini mempunyai 339 gerai yang mana 240 merupakan pasar di bahagian luar, 81 gerai menjual barangan am dan 18 gerai makanan dan minuman.

Ia juga dilengkapi dengan eskalator, lif dan kompleks tempat letak kereta lima tingkat yang menyediakan kira-kira 120 lot parkir. – Bernama

The post Pasar 126 tahun di Pulau Pinang dibuka semula appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?