Agen saraf VX diguna dalam pembunuhan beramai-ramai Halabja hampir 30 tahun lalu
KUALA LUMPUR, 28 Jamadilawal 1438H, Sabtu – Agen saraf VX yang digunakan dalam pembunuhan Kim Jong-nam di Malaysia pada 13 Feb dilaporkan telah digunakan secara meluas semasa pembunuhan beramai-ramai Halabja di Iraq oleh Saddam Hussein pada 1988.
Menurut pelbagai laporan berita, pada 16 Mac tahun itu, pesawat-pesawat Iraq menggempur bandar kaum Kurdish Halabja dengan menggugurkan kanister senjata kimia termasuk VX menyebabkan 3,500 hingga 5,000 orang maut dalam masa beberapa minit.
Sebanyak 7,000 hingga 10,000 orang lagi dilaporkan cedera, cacat atau mengalami masalah kesihatan jangka panjang.
Insiden itu, yang secara rasmi ditakrifkan oleh Tribunal Tertinggi Jenayah Iraq sebagai pembunuhan beramai-ramai terhadap kaum Kurdish di Iraq, masih kekal sebagai serangan senjata kimia terbesar dalam sejarah ditujukan terhadap kawasan populasi awam.
Rejim Presiden Iraq ketika itu dilaporkan telah melakukan antara kekejaman paling dahsyat dalam era moden dalam memerangi kaum Kurdish dan kumpulan etnik lain di Utara Iraq.
Isu agen saraf VX muncul di Malaysia apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam mendedahkan bahawa VX ditemukan setelah analisa awal ke atas calitan kering pada mukosa mata dan muka mangsa yang diambil semasa siasatan terhadap pembunuhan Jong-nam.
Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Feb untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dua wanita yang muncul di hadapannya menyapu cecair beracun menggunakan tangan pada mukanya.
Jong-nam meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan di klia2 dan segera dikejarkan ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia dalam perjalanan.
Beliau tiba di Malaysia pada 6 Feb dan menggunakan pasport tertera nama Kim Chol.
Agen saraf VX dilaporkan mungkin telah digunakan sebelumnya semasa perang Iran-Iraq pada 1980-an.
Penggunaan satu lagi agen saraf yang membawa maut, Sarin, dilaporkan berlaku dalam serangan ke atas kawasan pinggir Ghouta, dekat Damsyik, Syria yang dikuasai puak pemberontak pada 21 Ogos 2013.
Sarin dilaporkan digunakan dalam serangan roket darat ke darat yang membunuh kira-kira 1,000 penduduk di sana.
Laporan PBB berkata sampel yang ditemui oleh makmal Organisation for the Prohibition of Chemical Weapons mengandungi agen saraf sarin, dijumpai daripada kebanyakan roket atau serpihan roket yang diperiksa. – Bernama
Case 6 : North Yemen Civil War, from 1962 to 1970 between royalist
—— partisans of the Mutawakkilite Kingdom and supporters of the Yemen
Arab Republic.
Chronology : The first use of gas took place on June 8, 1963 against Kawma,
a village of about 100 inhabitants in northern Yemen, killing about seven
people and damaging the eyes and lungs of twenty-five others. This incident
is considered to have been experimental, and the bombs were described as
“home-made, amateurish and relatively ineffective”. The Egyptian authorities
suggested that the reported incidents were probably caused by napalm, not
gas.
On December 11, 1966, fifteen gas bombs killed two people and injured
thirty-five.
On January 5, 1967, the biggest gas attack came against the village of
Kitaf, causing 270 casualties, including 140 fatalities. This was the first
use of nerve agents in combat. During this air raid, bombs were dropped
upwind of the town and produced a graygreen cloud that drifted over the
village. According to newspaper accounts, 95 per cent of the population up
to 2 km downwind of the impact site died within 10 to 50 minutes of the
attack. All the animals in the area also died.
On May 10,1967 ,the twin villages of Gahar and Gadafa in Wadi Hirran were
gas bombed, killing at least 75.
— BERNAMA
THR
The post Agen saraf VX diguna dalam pembunuhan beramai-ramai Halabja hampir 30 tahun lalu appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan