Insiden basikal: Empat mangsa dibenar pulang
JOHOR BAHRU, 23 Jamadilawal 1438H, Isnin – Empat daripada lapan mangsa cedera yang terbabit kemalangan sekumpulan remaja berbasikal dirempuh kereta, di Jalan Lingkaran Tengah, awal pagi Sabtu lalu, akan dibenarkan pulang hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, mereka ialah Mohd Zulfadhli Yusri, 19, Mohd Farhan Chemat, 16, dan Mohammad Arasshat Abdullah, 14, yang masing-masing patah kaki kanan, selain Muhammad Abdul Samad Abd Kadir, 16.
Manakala dua lagi masih dirawat dan menjalani fisioterapi iaitu Muhd Arif Salman, 15, dan Muhammad Fitri Muhamad Fatoni, 17.
“Dua lagi yang masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah Mohamed Shamizal Iqmal Abdullah, 16, dan Muhd Nazri Mahmudi, 13,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi Sabtu lalu, lapan remaja maut, manakala lapan lagi parah selepas sekumpulan remaja berbasikal dirempuh sebuah kereta.
The post Insiden basikal: Empat mangsa dibenar pulang appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan