Kerajaan beri RM565 juta kepada sekolah Cina sejak 2009, beritahu menteri


KUALA LUMPUR, 30 Jamadilawal 1438H, Isnin – Kerajaan telah menyalurkan RM565 juta kepada sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) sejak 2009, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Negara beliau berkata, 1,298 SJKC di seluruh negara, termasuk 884 SJKC Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) menerima bantuan kewangan berkenaan.

“Di Johor, dari 2009 hingga 2016, jumlah keseluruhan bantuan yang diterima SJKC SBK adalah sebanyak RM69.1 juta, di mana peruntukan ini memfokuskan kepada penyelenggaraan infrastruktur sekolah.

“Kerajaan memberi keutamaan kepada bangunan sekolah yang perlu dibaik pulih terutamanya membabitkan penyelenggaraan dalam memastikan keselesaan kepada penghuni sekolah berkenaan,” katanya, semalam.

Wee berkata, peruntukan terbabit merupakan bukti kukuh keprihatinan kerajaan dalam membantu masyarakat Cina.

“Sejak Pakej Rangsangan Ekonomi Negara diperkenalkan, masalah penambahbaikan berjaya diselesaikan dan keadaan sekolah-sekolah yang mendapat bantuan banyak berubah ke arah lebih baik,” katanya.

The post Kerajaan beri RM565 juta kepada sekolah Cina sejak 2009, beritahu menteri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?