Minyak masak subsidi Malaysia dijual berleluasa di pasar Thailand


KOTA BHARU, 27 Jamadilawal 1438H, Jumaat – Lambakan minyak masak paket satu kilogram (kg) yang mendapat subsidi kerajaan Malaysia dilaporkan dijual secara berleluasa di Thailand.

Minyak masak itu dijual di Pasar Tak Bai pada harga antara RM4 hingga RM5.50 sepaket.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIM), Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani memberitahu, berdasarkan tinjauan selama dua jam di pasar berkenaan, pihaknya mendapati lebih 10 kedai runcit menjual minyak masak paket bersubsidi serta minyak jenama tempatan dijual secara terbuka.

“Timbul persoalan bagaimana minyak ini dijual di negara jiran, adakah melalui jalan yang sah atau penyeludupan,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, PPIM memandang serius perkara berkenaan kerana bekalan minyak masak terutama yang paket satu kg di negeri ini sering berlaku kehabisan stok di pasar raya.

Katanya, alasan yang diberikan oleh peniaga ialah pintu sempadan Imigresen ditutup awal pada jam 6 petang, jadi ia menyebabkan ada antara mereka cuba membawa masuk pelbagai barang termasuk minyak masak melalui pangkalan haram.

“Jadi, PPIM cadangkan pihak berkuasa perlu menilai kembali waktu operasi pintu sempadan kerana difahamkan aktiviti penyeludupan berlaku bermula sekitar jam 12 tengah malam hingga 2 pagi.

“Kami juga menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menarik lesen syarikat atau pemborong sekiranya terbukti mereka bersekongkol dengan akviti penyeludupan minyak masak bersubsidi ke negara jiran,” katanya.

The post Minyak masak subsidi Malaysia dijual berleluasa di pasar Thailand appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?